4 Sebab Pentingnya Akaun Untuk Usahawan, Peniaga Dan Syarikat

Di sini ada 4 sebab kenapa akaun penting untuk usahawan, peniaga dan syarikat.

1. Alat Pengukur.

Apabila akaun telah lengkap dibuat samada oleh pekerja berkelulusan jaminan perakaunan atau pihak kerja seperti SMARTRICH, akaun tersebut boleh menjadi alat pengukur untuk menentukan perniagaan yang dijalankan selama ini samada untung atau rugi.
Bagaimana Caranya? Melalui laporan-laporan perakaunan seperti “Balance Sheet” ( Penyata Kunci Kira-Kira ), “Income Statement” ( Penyata Untung Rugi ), “Trial Balance” ( Imbangan Duga ) dari beberapa laporan lain yang admin akan kongsikan kemudian, suatu ukuran yang menyatakan tahap prestasi tahunan syarikat dan perniagaan dapat diketahui.

2. Dokumen Penting Bagi Mendapatkan Kelulusan Pinjaman.

Akaun yang lengkap merupakan dokumen utama yang akan diminta oleh pegawai bank apabila kita ingin membuat pinjaman daripada mana-mana institusi perbankan samada Bank Tempatan (CIMB, MAYBANK, PUBLIC BANK ) atau institusi  lain seperti MARA, TEKUN, MBSB, PNB dan sebagainya.

3. Cukai Dan Audit.

Semua rekod-rekod perakaunan syarikat perlu disimpan selama 7 tahun perakaunan. Ianya juga diperlukan bagi memudahkan urusan pengiraan cukai dan pengauditan.
Malah ianya perlu dihantar ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) pada setiap tahun.

4. Rancangan Masa Depan.

Akaun yang telah lengkap menjadi pengukur prestasi pada tahun tersebut di samping menjadi garis panduan untuk rancangan masa hadapan sesuatu perniagaan.
Contohnya jika seorang usahawan ingin mengeluarkan produk baru, maka rekod-rekod lampau kos-kos yang terlibat perlu dirujuk bagi mendapatkan gambaran kos yang terlibat.

********************************************************************************************************
Oleh itu, Akaun amatlah penting untuk sesebuah syarikat. Tanpa Akaun, anda tidak pasti adakah syarikat yang anda jalankan mengalami keuntungan atau kerugian? Maka. membuat PENYATA KEWANGAN amatlah digalakkan walaupun jika anda berniaga sendiri. Berminat untuk membuat akaun?

Hubungi kami di talian :
  • http://www.wasap.my/+6018-2356868 
  • http://www.wasap.my/+6016-7897515 
  • eliteasia.clt@gmail.com


Messenger FB : https://www.facebook.com/eliteasiamanagement
Direct Message IG : https://instagram.com/eliteasiamanagement

#eliteasiamanagement
#eliteasiaaccount
#accountingeliteasia
#accountingservices
#businessconsultant
#companysecretary

Comments

Popular posts from this blog

PERKHIDMATAN SETIAUSAHA SYARIKAT

SETIAUSAHA SYARIKAT

5 FAKTA TENTANG SETIAUSAHA SYARIKAT YANG PERLU ANDA TAHU