5 FAKTA TENTANG SETIAUSAHA SYARIKAT YANG PERLU ANDA TAHU

Akta syarikat 2016 mewajibkan setiap syarikat sdn bhd atau berhad untuk melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat berlesen.
Di kalangan setiausaha syarikat berlesen ini, sebahagian mereka memilih untuk bekerja dengan syarikat lain manakala selebihnya memilih untuk membuka firma syarikat setiausaha professional atau ringkasnya dikenali sebagai syarikat setiausaha.
Berikut merupakan 5 fakta penting yang perlu anda tahu tentang syarikat setiausaha.

Fakta #1, Syarikat Setiausaha Dilesenkan Oleh SSM atau Ahli Badan Professional
Untuk beroperasi, syarikat setiausaha perlu terlebih dahulu melalui proses untuk mendapatkan lesen yang sangat ketat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau menjadi sebahagian dari ahli kepada beberapa badan professional yang diiktiraf di Malaysia.
SSM dan badan professional seterusnya bertindak sebagai badan yang mengawalselia tindak tanduk serta etika syarikat setiausaha dan boleh mengambil tindakan pada bila-bila masa jika menerima aduan dari mana-mana pihak.

Fakta #2: Syarikat Setiausaha Mengenakan Yuran Syarikat Setiausaha Bulanan Sebagai Bayaran Komitmen
Sebagai sebuah firma professional, mereka tidak dibayar gaji. Sebaliknya syarikat hanya perlu membayar yuran syarikat setiausaha yang kebiasaannya diantara RM60 ke RM150 sebulan sebagai bayaran di atas perlantikan serta komitmen mereka.
Dengan perlantikan mereka sebagai syarikat setiausaha sesebuah syarikat, mereka mempunyai tanggungjawab tertentu yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 2016. Tanggungjawab tersebut seperti menasihatkan pengarah syarikat berkaitan pematuhan, hadir di pejabat berdaftar, menyimpan buku berkanun syarikat dan lain-lain.
Yuran syarikat setiausaha ini perlu dibayar oleh syarikat secara terus menerus selagi mana syarikat tersebut masih wujud.

Fakta #3, Syarikat Setiausaha Mengenakan Bayaran Atas Permintaan Untuk Kerja-kerja Yang Diminta Dari Masa Kesemasa
Pada bila-bila masa jika terdapat perubahan pada daftar penubuhan syarikat di SSM, perubahan itu hanya boleh dibuat oleh syarikat setiausaha sahaja. Untuk tujuan perubahan tersebut, syarikat setiausaha akan mengenakan bayaran mengikut jenis perubahan yang ingin dilakukan.
Perubahan-perubahan tersebut seperti pertukaran pengarah syarikat, perpindahan saham, peningkatan modal berbayar, pertukaran nama syarikat dan lain-lain.

Fakta #4, Syarikat Setiausaha Tidak Mencampuri Urusan Perniagaan Syarikat
Sebagai firma professional bebas, peranan syarikat setiausaha hanya terhad kepada tugas-tugas tertentu sahaja dan ianya lebih kepada memastikan syarikat tersebut mematuhi kehendak Akta Syarikat 2016. Urusan perniagaan syarikat merupakan urusan dalaman yang perlu diselesaikan sendiri oleh pihak syarikat.

Fakta #5, Syarikat Setiausaha Hanya Menyediakan Khidmat Berkaitan Pematuhan Akta Syarikat 2016 Sahaja
Syarikat setiausaha ialah jawatan yang diwujudkan oleh Akta Syarikat 2016 spesifik bagi membantu tugas-tugas pengarah syarikat untuk mematuhi keperluan akta tersebut.
Urusan syarikat dengan pihak bank, imigresen, CIDB, KWSP, Perkeso, LHDN, Kastam atau apa sahaja agensi dibawah akta-akta lain selain dari Akta Syarikat 2016 bukanlah menjadi tanggungjawab syarikat setiausaha untuk menguruskannya.
Pun begitu terdapat juga syarikat setiausaha yang menyediakan perkhidmatan tambahan untuk membantu urusan-urusan diatas sebagai satu kaedah untuk mempelbagaikan perkhidmatan mereka.
Memilih syarikat setiausaha yang berpengalaman, dipercayai dan cepat dapat membantu mempercepatkan perkembangan syarikat anda. Jangan terlalu fokus untuk mencari syarikat setiausaha yang menawarkan harga yang terlampau murah kerana kualiti kebiasaannya tidak datang dengan harga yang terlampau murah.
ANDA SEDANG MENCARI SETIAUSAHA SYARIKAT AREA SHAH ALAM? BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN BERIKUT
Tel: 03-55138000 Puan Umie
BERMINAT NAK FREE CONSULTATION???
BOLEH JUGA DATANG KE PEJABAT KAMI SELEPAS PKP INI BERAKHIR DI ALAMAT
Businessworld Centre
Lot 7, Ground Floor,
Kompleks KPPMS,
Seksyen 3,
40000 Shah Alam, Selangor.
YE TUAN/PUAN!! KOMPLEKS KPPMS INI MMG SEBARIS DENGAN SSM. BOLEH BUAT URUSAN SEKALIGUS.
MUDAH, PANTAS DAN SENANG !!!

Comments

Popular posts from this blog

Definition of Audit

PERKHIDMATAN SETIAUSAHA SYARIKAT

PERANAN SETIAUSAHA SYARIKAT